Pada 15 Ogos 2009 lepas, akhbar Daily Mail mendedahkan bahawa vaksin H1N1 yang bakal digunakan oleh kebanyakan negara-negara dunia mempunyai kesan sampingan yang berbahaya kepada penerimanya. Para penerima vaksin H1N1 dikhuatiri berhadapan dengan masalah gangguan otak yang dipanggil Guillain-Barre Syndrome (GBS).
Pada 29 Julai 2009, Prof. Elizibeth Miller, Pengarah Jabatan Imunisasi di bawah Health Protection Agency di Britain telah menulis surat amaran tentang bahaya kesan sampingan dari vaksin H1N1 yang bakal dijual syarikat farmasi gergasi dunia. Surat itu dihantar kepada 600 orang lebih Senior Neurologist di seluruh British.
Surat yang bertarikh 29 Julai 2009 lepas itu berjaya merungkaikan betapa teori-teori konspirasi yang dinyatakan sebelum ini benar dan sahih. Walaupun kerajaan Amerika cuba berselindung dan berdolak-dalik ketidakterlibatannya dalam isu Selsema Babi (SB), tetapi ada segelintir masyarakat yang sanggup mendedahkan rahsia kerajaan mereka ini.
Vaksin yang dibina oleh syarikat-syarikat farmasi gergasi dunia ini dijangka diedarkan kepada orang ramai pada awal Oktober. Di Amerika sahaja, sebanyak 13 juta rakyat akan disenaraikan untuk menerima suntikan.
Selain daripada bukti surat ini, apa yang boleh mensahihkan konspirasi Selsema Babi inia adalah kenyataan dari salah seorang Senior Neurologist yang ditemu ramah oleh wartawan Jo McFarlane. Menurut Senior Neurologist itu, dia sendiri tidak akan mengambil suntikan vaksin tersebut.
“I would not have swine flu jab because of the GBS risk.”
Menurut neurologist tersebut, mereka percaya vaksin H1N1 hanya akan mengulang kembali tragedi kematian 25 orang rakyat Amerika pada 1976 dulu yang menerima suntikan vaksin H1N1.
Walaupun kecenderungan untuk mati adalah 1 nisbah 80,000 orang. Tetapi kesemua 80,000 tersebut sudah mewarisi kesan kekal GSB seumur hidup. Bagi yang meninggal dunia kemungkinan ketahanan imunisasi badansudah sedia lemah.
Kenyatan pakar-pakar neurologi antarabangsa tentang H1N1
Dr Rustam Al-Shahi Salman, ahli Association of British Neurologists, mengatakan;
“Following the 1976 programme of vaccination against swine influenza in the US, a retrospective study found a possible eight-fold increase in the incidence of GBS.”
Dr. Thomas Jefferson, koordinator badan bebas penyelidikan vaksin di Britain;
“New vaccines never behave in the way you expect them to. It may be that there is a link to GBS, which is certainly not something I would wish on anybody”
Dr. Richard Halvorsen, penulis buku The Truth About Vaccines, mengatakan;
“For people with serious underlying health problems, the risk of dying from swine flu is probably greater than the risk of side effects from the vaccine.”
Dr. Patrick Chinnery, ahli Association of British Neurologists mengatakan;
“During the last swine flu pandemic, it was observed that there was an increased frequency of cases of GBS. No one knows whether it was the virus or the vaccine that caused this.”
Jika ada doktor di Malaysia yang mengatakan vaksin H1N1 tidak merbahaya, kerajaan patut memberikan anugerah Profesor Diraja kepada doktor tersebut kerana kenyataannya telah mengenepikan hujah-hujah dari pakar-pakar neorologi di atas.
Bagi mana-mana pembaca yang menghadiri taklimat pemvaksinan dari kementerian kesihatan (jika ada), sila cetak artikel ini dan tanyakan soalan berkaitan vaksin kepada penceramah. Jika pembaca seorang pelajar jurusan perubatan atau farmasi, sila timbulkan isu ini semasa di bilik kuliah dan berbincang dengan pensyarah anda untuk penambahan ilmu.
Pengakuan Penghidap GBS
Hillary Wilkinson, 57 tahun mendedahkan beliau adalah salah seorang penghidap GBS. Menurutnya, selepas dia mengambil vaksin H1N1 pada 2006, beliau mengalami kesukaran bernafas, sakit-sakit sendi dan sukar bercakap. Keadaannya hanya kembali agak sihat setelah 3 tahun selepas itu dan dia bernasib baik tidak mati.
Keuntungan Segera Mula Kelihatan
Pada 20 Julai 2009, akhbar online Financial Times UK melaporkan bahawa gergasi-gergasi farmasi dunia yang berkonspirasi mengeluarkan vaksin H1N1 telah membuat keuntungan pusingan pertama dalam pengumuman penjualan vaksin.
Konglomerat farmasi seperti GlaxoSmithKline (GSK), Novartis, Baxter, Sanofi-Avantis dan Roche telah pun mengaut untung sebelum bayar berbilion-bilion dollar berdasarkan tempahan-tempahan dos dari pelbagai negara mengikut kontrak yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO). GSK telah pun memproses 1.5 juta dos vaksin H1N1 untuk dihantar ke seluruh dunia.
Bank pelaburan antarabangsa JPMorgan (bank Zionis kepunyaan Rothschild/Rockefeller) memberitahu setakat ini kerajaan Britain telah membelanjakan USD4.3 billion dan tempahan untuk dos vaksin dijangka akan meningkat kepada 600 juta dos.
Kesemua laporan keuntungan ini telah pun dijangka oleh ramai penyelidik konspirasi sejak wabak Selsema Babi mula melanda Mexico bulan April lalu. Kini wabak Selsema Babi ini sudah pun menyondol semua rakyat dunia tanpa belas kasihan.
Kandungan berbahaya dalam vaksin H1N1 keluaran GSK
Vaksin H1N1 yang dikeluarkan GSK disyaki mempunyai thiomersal (C9H9HgNaO2S) iaitu sejenis sodium yang mengandungi 49% merkuri yang digunakan untuk antiseptik dan anti-fungus agen. Penggunaan thiomersal walaupun dibenarkan WHO, tetapi masyarakat antarabangsa masih khuatir kerana beberapa kontroversi yang wujud semenjak ia diperkenalkan di dalam pemvaksinan.
Pada Julai 1999, Centre for Disease Control (CDC) dan American Academy of Pediatrics (AAP) telah mengeluarkan kenyataan media mendesak pengilang-pengilang ubat membuang thiomersal dari sebarang vaksin.
Lanjutan dari kenyataan itu juga, CDC dan AAP telah mengarahkan agar semua doktor menangguhkan dahulu suntikan imunisasi Hepatitis B kepada bayi yang baru lahir. Ini kerana seorang kanak-kanak dari Michigan telah meninggal dunia akibat suntikan itu.
Isu ini didedahkan oleh Dr. Paul A.Offit di dalam kertas penyelidikannya yang bertajuk Thimerosal and Vaccines - A Cautionary Tale di dalam The New England Journal of Medicine bertarikh 27 September 2007.
Selain itu, di dalam kertas penyelidikan yang sama Dr. Paul A.Offit juga mendedahkan, thiomersal yang terkandung di dalam vaksin juga disyaki menjadi punca kepada kelahiran anak-anak autisme. Pada Ogos 2005, seorang kanak-kanak autisme berusia 5 tahun telah meninggal dunia kerana mengambil suntikan tahunan yang dijadualkan.
Lanjutan dari isu thiomersal yang dimasukkan dalam vaksin-vaksin itu juga, seorang pakar autisme terkenal Dr. Alison Singer telah mengambil keputusan meletak jawatan dari menjadi Pengarah Autism Speaks yang ditubuhkan pada 2005.
Perletakan jawatan Dr. Alison pada Januari 2009 baru-baru ini adalah sebagai tanda protes kepada pihak kerajaan Britain yang terus membenarkan GlaxoSmithKline menggunakan bahan thiomersal. Dr. Alison juga menegaskan bahawa kisah kebanyakan selebriti terkenal yang semasa kecilnya berpenyakit autisme hanya propaganda media untuk melindungi helah kerajaan.
Wallhu’alam …
Wednesday, June 2, 2010
vaksin H1N1 disyaki boleh mengakibatkan kematian
Posted by leo_boy at 12:46 PM 0 comments
Labels: kesihatan
Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka dan di Muar,Johor . Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.
Kini, Dodol merupakan suatu makanan manisan yang amat popular dan digemari di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Sri Lanka. Manakala di Filipina, khususnya pada wilayah Ilocos, Luzon dan di bahagian Lanao, Mindanao serta di India khususnya pada wilayah Goa.
Pada asasnya, manisan Dodol ini diperbuat daripada perahan susu dari buah kelapa tua, jageri (gula batu merah yang diperbuat dari ekstrak tebu atau gula melaka) serta tepung beras ataupun tepung pulut. Semua ramuan ini akan diadunkan melalui kaedah kacauan yang berlangsung berterusan selama lebih kurang 3 hingga 4 jam pada suhu tinggi untuk masakan yang sesuai. Hasilnya, fizikal dan rasa Dodol akan berubah menjadi melekit, tebal dan manis. Di kebanyakan negara Asean, Dodol telah menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Haji. Terdapat banyak versi Dodol yang berlainan samaada dari segi warnanya yang kebanyakannya berwarna perang gelap, hijau dan kuning. Rasa Dodol juga turut dipelbagaikan, namun versi rasanya yang selalu dinikmati adalah dalam keadaan rasa Durian, Kelapa dan Pisang.
RESEPI
Bahan-bahan
* 1.8 kg tepung pulut
* 300 gm tepung beras
* 3.6 kg gula melaka 12 biji kelapa parut
* 15 helai daun pandan
Cara penyediaan
- Bancuh tepung beras dan tepung pulut dengan santan. Setelah itu tapis ke dalam kuali besi. Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan. Bila telah larut masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Dengan menggunakan api yang perlahan jerangkan adunan ini sambil dikacau dan apabila setengah masak, masukkan pati santan dan terus kacau sehingga masak.
- Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.
- Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat. Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat.
- Selepas itu, dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri.
Posted by leo_boy at 12:04 PM 0 comments
Labels: resepi tradisional
maksud HADIS??!!
Hadith atau hadis (bahasa Arab: alhadīth "الحديث" mufrad, ahādīth "أحاديث" jamak); adalah perkara yang berkisar tentang Sunnah Rasul s.a.w. dan apa yang disandarkan kepada Rasul s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya. Hadis atau Sunnah Rasul s.a.w. adalah sumber rujukan kedua selepas al-Quran.
Posted by leo_boy at 11:56 AM 0 comments
Labels: islam
Bidang Keberhasilan Utama Negara
Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk memenuhi keperluan rakyat selepas PRU12.NKRA diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2009. Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 3 April 2008. Hala tuju strategik NKRA , perancangan dan pelaksanaan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10. Ia dilancarkan dalam majlis Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran dan penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Pengerusi Lembaga Pemandu NKRA ialah Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) NKRA ialah Senator Datuk Seri Idris Jala. Setiap NKRA, seorang menteri dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan.
Semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri giat memperkasakan keupayaan pegawai dan kakitangan untuk memahami konsep, mengenal pasti dan melaksanakan keperluan penyediaan NKRA dan KPI di peringkat masing-masing. Kerajaan terbuka kepada semua maklum balas yang diterima dan bersedia untuk merealisasikan kesemua pelan .
Sekarang lebih ramai menteri menanggalkan jaket dan menyinsing lengan untuk melihat sendiri masalah rakyat agar mereka dapat menyelesaikannya. Rakyat bertembung dengan menteri di rumah-rumah pangsa yang sesak, pasar dan stesen bas, di lebuh raya yang sibuk, sekolah, hospital, malahan di kawasan sering dilanda banjir. Era menteri disediakan permaidani merah dan menerima cendera hati selepas menyampaikan ucapan sudah berlalu. Menteri perlu mendengar denyutan nadi rakyat.Kabinet Najib dibentuk pada 9 April 2009 melibatkan barisan jemaah menteri yang lebih kecil, terdiri daripada 28 menteri dan 25 kementerian, berbanding 32 menteri dan 27 kementerian semasa pentadbiran Abdullah.
Posted by leo_boy at 11:38 AM 0 comments
Labels: isu semasa
apakah VOODOO????
Apakah yang terbayang di minda para pembaca jika ditanya mengenai 'Voodoo'?
Sebenarnya, voodoo adalah tradisi keagamaan yang berasal dari Afrika Barat. Voodoo kini menonjol di Dunia Baru (istilah yang lazimnya merujuk Amerika) kerana pengaruh hamba-hamba yang datang dari Afrika. Agama "Vodun" dari Afrika Barat adalah bentuk asal Voodoo; Vodou Haiti dan Voodoo Louisiana adalah bentuk-bentuk lain Vodun di Dunia Baru. Voodoo adalah kepercayaan animisme dan semangat roh. Kebanyakan kepercayaan Voodoo adalah mengenai roh nenek moyang. Sesetengah dari kepercayaannya berasal dari Katholik tetapi kebanyakan kepercayaan Voodoo berasal dari kaum Fon, Ewe dan Yoruba. Perkataan Vodun berasal dari bahasa Fon-Ewe untuk roh
Posted by leo_boy at 11:18 AM 0 comments
Labels: paranormal
Jala Emas Raja

Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza.
Kuih jala mas disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudiannya ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas.
Kuih jala mas mempunyai bentuk yang berjurai seperti mi halus. Ia biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan, perkahwinan dsb. Ini disebabkan cara membuatnya yang cerewek dan hanya menggunakan kuning telur menyebabkan kos yang tinggi. Pada kebiasaannya telur itik digunakan kerana ia mempunyai saiz kuning telur yang lebih besar. Selain itu, ia biasanya dihasilkan bersama kuih tahi itik kerana untuk tidak membazir putih telur yang baki.
Bahan-Bahan:
- 10 biji telur itik
- 2 biji telur ayam (ambil kuningnya sahaja)
- 1 cawan gula pasir 2 kuntum bunga cengkih
- 2 helai daun pandan
Cara:
- Campur kuning telur bersama air jernih dalam kulit telur dan kacau di dalam mangkuk besar sehingga kembang. Tapis perlahan-lahan dengan kain jarang.
- Masak gula bersama dua cawan air, daun pandan dan bunga cengkih. Bila mendidih dan pekat sedikit masukkan bancuhan telur secara mengurai di dalam air gula (cara ini memang rumit sedikit dan orang yang telah biasa sahaja dapat membuatnya).
- Bila masak, angkat jala emas dengan batang buluh kecil dan lipat memanjang atau mengikut suka.
Ambil air jernih yang terdapat di dalam kulit telur (bukan putih telur). Biasanya jika kita pecahkan telur dan keluarkan isinya, kita dapat melihat ada air jernih di dalamnya.
Posted by leo_boy at 11:09 AM 0 comments
Labels: resepi tradisional
H1N1: wabak paling teruk abad ke-21
Pada Jun 2009, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengumumkan bahawa selesema yang disebabkan oleh jenis baru H1N1 berpuncakan babi bertanggungjawab bagi pandemik selesema 2009. Jenis ini sering digelar sebagai "selesema babi" oleh media awam.
Posted by leo_boy at 10:52 AM 0 comments
Labels: kesihatan