
Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza.
Kuih jala mas disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudiannya ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas.
Kuih jala mas mempunyai bentuk yang berjurai seperti mi halus. Ia biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan, perkahwinan dsb. Ini disebabkan cara membuatnya yang cerewek dan hanya menggunakan kuning telur menyebabkan kos yang tinggi. Pada kebiasaannya telur itik digunakan kerana ia mempunyai saiz kuning telur yang lebih besar. Selain itu, ia biasanya dihasilkan bersama kuih tahi itik kerana untuk tidak membazir putih telur yang baki.
Bahan-Bahan:
- 10 biji telur itik
- 2 biji telur ayam (ambil kuningnya sahaja)
- 1 cawan gula pasir 2 kuntum bunga cengkih
- 2 helai daun pandan
Cara:
- Campur kuning telur bersama air jernih dalam kulit telur dan kacau di dalam mangkuk besar sehingga kembang. Tapis perlahan-lahan dengan kain jarang.
- Masak gula bersama dua cawan air, daun pandan dan bunga cengkih. Bila mendidih dan pekat sedikit masukkan bancuhan telur secara mengurai di dalam air gula (cara ini memang rumit sedikit dan orang yang telah biasa sahaja dapat membuatnya).
- Bila masak, angkat jala emas dengan batang buluh kecil dan lipat memanjang atau mengikut suka.
Ambil air jernih yang terdapat di dalam kulit telur (bukan putih telur). Biasanya jika kita pecahkan telur dan keluarkan isinya, kita dapat melihat ada air jernih di dalamnya.
0 comments:
Post a Comment